Saturday, September 29, 2007

SiNar RaMadHan

Program ini merupakan aktiviti yang sentiasa dilakukan oleh badan beruniform yang menghuni kolej Teratai khususnya Palapes. Pada kali ini, aktiviti memasak bubur lambuk dan dodol hanya diadakan selama 1 hari sahaja berbading dengan aktiviti sebelum ini disebabkan kesuntukan masa daripada banyak pihak khususnya para pelajar. Sambutan yang menggalakkan daripada semua badan beruniform memeriahkan lagi suasana dan juga kerenah dan ragam setiap pelajar. Bagi Palapes, anggota kadet diwajibkan menyertai program ini kerana dianggap sebagai satu latihan.

Penglibatan dan kesungguhan untuk memasak bubur lambuk dan dodol oleh setiap pelajar menyebabkan setiap kerja dapat dilakukan dengan cepat dan mudah. Aktiviti sebegini merupakan salah satu cara untuk mengeratkan hubungan antara anggota badan beruniform selain dapat membuat amal ibadat. Hasil masakan tersebut juga akan diagihkan kepada pelajar UiTM dan juga rumah anak-anak yatim yang terletak di seksyen 2.

Majoriti kerja memasak dapat dilaksanakan dengan sempurna dari awal dengan pemglibatan semua pelajar. Walaupun berpuasa, kami semua dapat menahan dugaan apabila berjaya melawan kepanasan api untuk mengacau dodol sehingga masak. Bilangan pelajar yang ramai memudahkan untuk mengacau kerana ianya memerlukan kesabaran seseorang.

Akhirya setelah berpenat dari awal pagi sehingga lewat petang, dodol dan bubur lambuk dapat dimasak dengan jayanya oleh pelajar-pelajar ini. Pengalaman seperti ini mengajar aku untuk mematangkan diri setelah mennyertai Palapes. Aku sangat menghargai pengalaman ini dan juga pengalaman ketika di medan, padang kawad, lapang sasar dan sebagainya dalam batch ke 27 ini.Kini,aku telah pun menjadi senior setelah berjaya melepasi peringkat intermediate dan juga junior. InsyaAllah, aku juga akan ditauliahkan sebagai seorang Leftenan Muda pada tahun depan yang bakal diadakan di Universiti Malaysia Sabah.

IsTiaDat KawaD KonVokEsyeN

Kawad untuk Majlis Konvokesyen adalah sesuatu impian bagi seorang kadet kerana ianya sinonim untuk istiadat pentauilahan setiap pegawai kadet yang akan ditauliahkan.Setelah Agong yang baru ditabalkan, cancelor UiTM juga turut bertukar.Bagi merasmikan adat istiadat konvokesyen, pegawai kadet adalah orang yang paling bertuah untuk menyertai kawad konvokesyen tersebut. Palapes Darat, Laut,dan Udara diberi amanh untuk melaksanakan tugas tersebut.Kawad tersebut memang menyentuh hati aku setelah menyertai pasukan ini.

Pegawai Waran 1, Encik Hamzah adalah oramg yang paling bertanggungjawab dalam mengajar kawad tersebut.Beliau sangat tegas dalam melaksanakan tugasnya, walaupun begitu, kami tetap bangga mempunyai jurulatih sepertinya yang sentiasa mengambil berat kebajikan setiap kadet. Apabila berpakaian seperti ini, jiwa kami sentiasa berkobar-kobar untuk memperjuangkan keamanan dan kesejahteraan Negara sentiasa dimiliki sepanjang masa tanpa kuasa penjajah.

Senior yang akan ditauliahkan nanti merupakan orang yang paling bertuah dapat menyertai kawad ini bagi mempelajari secara mendalam lagi upacara konvokesyen yang diadakan di perkarangan Dewan Sri Budiman. Majlis berlangsung dengan lancar disamping kawad yang dipersembahkan oleh pegawai kadet yang mantap.Pada kali ini juga, kawad konvokesyan yang kedua yang pernah aku sertai sepanjang dalam penglibatan aktiviti Palapes. Pakaian ini merupakan pakaian yang pertama dalam senarai pakaian dalam perkhidmatan tentera.Ya, pakaian ini jugalah yang selama ini aku terepaksa kena bayar dari peringkat junior lagi untuk pentauliahan nanti.Segala aksesori yang dipakai juga mempunyai lambang dan pangkat seseorang anggota tentera.

AnNual CaMp 2006 UitM MacHaNg

Second intermediate .....

Perjalanan ke sana adalah sesuatu pengalaman yang baru bagi mereka yang tidak pernah menjejakkan kaki di tanah pantai timur.Amat memenatkan setelah berjam-jam berada dalam perjalanan yang dikelilingi oleh ladang kelapa sawit, ladang getah dan juga keadaan jalan yang agak mencabar.Latihan di sana juga adalah pengalaman yang baru aku sebagai intermediate B.

Inilah adalah pegawai kadet wanita (skot aku), Halida dan Muzaima ketika sesi latihan di medan, iaitu mengali kubu. Disebabkan musim tengkujuh, kubu yang telah digali dimasukki air hujan. Jadi, macam inilah keadaan bebudak army.Aku tidak berada satu platun dengan Halida dan Muzaima, aku platun 2 dan aku juga berkongsi kubu dengan Anderson, skot dari UiTM Arau.Tapi, kami diberi arahan untuk meninggalkan kubu masing-masing disebabkan keadaan hujan yang tidak mengizinkan untuk terus berada dalam kubu.

Selepas keluar dari medan, semua peringkat dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membuat kerja amal masyarakat disekitar kawasan jajahan Rantau Panjang. Semua kadet diberi keluarga angkat untuk kerja-kerja pembersihan di kawasan kampung. Kemesraan penduduk kampung membuatkan perasaan penat dan letih kami hilang setelah beberapa hari di medan.Begitu juga dengan lawatan yang membuatkan aku sedar betapa berharganya pengalaman dalam kehidupan tentera.

Batch 27-TiNi@PeSah



Aku adalah intake ke-27 dalam pengambilan Rotu Darat.Semasa jadi junior,peh...penat giler..semua benda yang tidak pernah terlintas kat kepala otak aku slama ini, telah pun aku buat dengan perasaan inginkan perbezaan dalam diri aku.Memang mencabar..tapi kadang-kadang enjoy sangat.

Pada peringkat junior,aku talah pun menghadapi pelbagai pelajaran dan ujian dari aspek ketenteraan sperti palajaran kawad, jenis-jenis senjata dan kegunaannya, fasa-fasa medan,ilmu ketahanan mental dan fizikal dan termasulah undang-undang dalam ketenteraan.Aku tidak menafikan semua asas tersebut adalah memenatkan, tapi sekurang-kurangnya pengalaman dan juga pengetahuan tersebut dapat mengajar aku untuk mendisiplinkan diri walaupun keluarga aku tidak menggalakkan aku untuk menyetai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan(PALAPES).

Ketika ini, aku sedang mempelajari ilmu untuk membaca perintah dan memberi arahan kepada ketua-ketua seksyen untuk menjalankan tindakan berikutnya. YO(Young Officer)Amir sedang bagi arahan untuk membaca peta, semua kadet terpaksa menyediakan satu teks lengkap untuk menerangkan kepada semua untuk melaksanakan tugas-tugas yang berikutnya. Tapi malangnya, pegawai kadet termasuk koperal, sarjan peringkat intermediate pun tidak dapat menyiapkan teks tersebut. Macam biasa la kena fordroll kat atas bukit belakang markas tu…sape bagi??? Kapten shahril “kesayangan” la…

Intermediate diwajibkan menyertai perbarisan kemerdekaan yang diadakan di Stadium Shah Alam…Arghhh..bosannya!!!!Tapi ada elaun la, RM 7 untuk satu hari latihan sebelum “hari jadi”.Bagi yang takde kelas terpaksa pergi ke dataran untuk raptai penuh selama 3 hari. Hari pertama, aku pergi dengan skot-skot yang lain. Biasa la janji Melayu, cakap pukul 7pagi tapi kami terpaksa tunggu 15minit sebelum bas sampai.Yo yang incharge “benda alah” ni, adalah Zahir, memang hendsome tapi kaki hell.Tapi, pentadbiran dia sistematik.Semua badan beruniform yang lain turut involve perbarisan tersebut. Peringkat intermediate dan senior adalah wakil untuk Palapes Darat UiTM dalam perbarisan kemerdekaan yang diadakan untuk tahun 2006.

SeJarAh PeNubUhaN PALAPES UiTM

Universiti Teknologi MARA telah ditubuhkan pada tahun 1956 dengan nama Dewan Latehan RIDA, kemudian Maktab MARA sehingga 1968, seterusnya Institut Teknologi MARA (ITM) dan pada 26 Ogos 1999 nama ITM telah ditukar kepada Universiti Teknologi MARA oleh Dato’ Seri Dr Mahathir Muhamad, Perdana Menteri Malaysia.

Latihan ketenteraan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) termasuk di Universiti Teknologi MARA mula diperkenalkan melalui Unit Askar Wataniah dengan penubuhan Batalion Infantri pada tahun 1965 bermula di Universiti Malaya dan diperluaskan di Universiti Teknologi MARA (ITM ketika itu) dengan penubuhan Batalion Infantri ITM pada 01 Jan 1971.

Selepas beberapa perbincangan dijalankan selepas itu, pada 07 Feb 1980, Batalion Infantri yang terdapat di Universiti Teknologi MARA telah dibubarkan dan PALAPES Darat UiTM telah ditubuhkan dengan rasminya pada 06 Mac 1980 melalui Surat Kuasa FED (M)/4141/1/80 (AW) bertarikh 06 Mac 1980.

Pengambilan pada bulan Jun 1997, program PALAPES Laut (PSSTLDM) telah dimulakan dengan kumpulan pertamanya seramai 40 orang pegawai kadet ditawarkan kepada mahasiswa/i di Kampus Shah Alam. Sementara pada bulan Jun 2003 pula, program PALAPES Udara (PSSTUDM) telah memulakan pengambilan sulungnya seramai 40 orang pegawai kadet. Pada peringkat awal PALAPES Udara cuma dilaksanakan di Kampus UiTM Shah Alam dan kemudiannya diperluaskan pengambilannya di Kampus UiTM Sarawak pada Jun 2004.